PKNS atasi USM 2-1

GEORGE TOWN 22 Feb. - Tuah menyebelahi pasukan PKNS apabila gol sendiri USM FC menyaksikan pasukan pelawat mengatasi tuan rumah 1-0 dalam satu perlawanan Liga Perdana, di sini malam ini.

Keadaan hujan lebat pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Universiti Sains Malaysia itu sedikit sebanyak mengganggu rentak permainan dengan separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan.

Pada babak kedua, kedua-dua pasukan cuba mengasak namun gagal memecah kebuntuan sehingga minit ke-72 apabila PKNS diberi sepakan penjuru.

Kesilapan pemain tengah USM FC Mohd Akmal Mohamad Noor menyebabkan bola masuk ke gawang sendiri apabila cuba menolak keluar sepakan penjuru yang diambil Mohd Fauzan Dzulkifli.

USM FC cuba bangkit namun PKNS kental mempertahankan kelebihan gol itu sehingga tamat perlawanan. - Utusan / Bernama

No comments:

Post a Comment