Sarawak, PKNS, ATM Dan USM FC Mula Langkah Kanan

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Pasukan Sarawak, PKNS, ATM dan USM FC langkah kanan apabila masing-masing berjaya mengutip mata penuh hasil kemenangan pada perlawanan pembukaan Liga Perdana pada Isnin.

Di Stadium Universiti Sains Malaysia (USM), Muhammad Afzan Zainal Abidin menghadiahkan Kelab USM FC mata penuh menerusi rembatan kencang pada minit ke-10 bagi menumpaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 1-0.



Di Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang, Zamri Morshidi menjaringkan dua gol dalam masa tiga minit untuk membantu sarawak menewaskan Pulau Pinang 4-0.

Zamri menjaringkan gol pada minit ke-87 dan 90 manakala gol pembukaan dihasilkan oleh Wong Sai Kong pada minit ke-32 dan diikuti Bobby Gonzales pada minit ke-36.

Di Stadium Selayang, pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut mengutip mata penuh apabila berjaya menumpaskan Majlis Pembandaran Muar 3-0.

Gol ATM dijaringankan oleh Venice Elphi pada minit ke-19, Fatrorazi Razi (41) dab Syafiq Abdul Samad pada minit ke-43.

Di Stadium Universiti Sains Malaysia (USM), Muhammad Afzan Zainal Abidin menghadiahkan Kelab USM FC mata penuh menerusi rembatan kencang pada minit ke-10 bagi menumpaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 1-0.

Di Stadium Majlis Pembandaran Petaling Jaya, PKNS Selangor mengalahkan Sime Darby 1-0.

Di Stadium JCorp, Pasir Gudang, pasukan tuan rumah terikat 1-1 dengan Pos Malaysia.

Gol Johor dijaringkan oleh P. Gunasekaran pada minit ke-35 dan gol penyamaan Pos Malaysia pula dijaringkan oleh Jasazrin Jamaluddin pada minit ke-52.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment