Pertahanan USM FC Masuk Hospital

Pemain pertahanan Kental USM FC Azizan Arshad atau lebih dikenali sebagai Jan ( jersi num. 3 ) kini dilaporkan berada di Hospital Sultan Abd Halim Sg Petani. Beliau Dimasukkan Ke Unit Rawatan Rapi ( icu ) Setelah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang berlaku di jalan lama Baling – Kulim . sebelum Kejadian Berlaku , Azizan dilaporkan memandu kereta setelah selesai menghadiri Walimatul Urus Raja Sehari teman sepasukannya Mohd Bashir Napi Di Baling Kedah.

Menurut Wakil keluarganya, Keadaan Azizan Kini berada dalam keadaan stabil . Kami di meja Editor Kelab penyokong USM FC , Para Pemain serta yang sewaktu dengannya mendoakan Agar Azizan cepat sembuh dan kembali sihat seperti sediakala. Sesungguhnya Ujian Dari Yang Maha esa itu ada hikmahnya..
~ Kelab Penyokong USMFC

Dendam terbalas! USMFC 1 - 0 Harimau Muda


PULAU PINANG, 20 Mei - Prestasi ala yo-yo pasukan Universiti Sains Malaysia FC (USM FC) masih berterusan, namun kali ini tuah lebih memihak kepada pasukan tuan rumah apabila berjaya menjinakkan Harimau Muda B dengan jaringan 1-0 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Olahraga USM, baru-baru ini.

Gol tunggal pada perlawanan itu menyaksikan penyerang USM FC, Muhammad Afzan Zainal Abidin tidak mensia-siakan peluang keemasan apabila membuat tolakan mudah di depan pintu gawang yang terbuka luas pada minit ke-7, selepas menerima hantaran silang dari penyerang ‘kembarnya’, Failee Ghazali.

Namun selepas itu, perlawanan bertukar menjadi agak hambar dengan kedua-dua pasukan dillihat lebih berhati-hati dalam mengatur serangan dan seringkali hantaran-hantaran yang dilakukan dapat dipintas mudah oleh pihak lawan.

Minit-minit terakhir separuh masa pertama, USM FC hampir menggandakan jaringan apabila larian solo Failee Ghazali dari tengah padang berjaya memperdayakan empat pertahanan Harimau Muda B, namun rembatannya yang hanya berhadapan dengan penjaga gol, melewati palang.

Separuh masa kedua sekali lagi memperlihatkan USM FC memperolehi peluang keemasan apabila dihadiahkan sepakan penalti selepas bola terkena pertahanan Harimau Muda B, namun ia disia-siakan apabila sepakan Afzan jauh tersasar dari pintu gol.

Harimau Muda B, yang rata-ratanya diwakili pemain berusia bawah 18 tahun, dilihat lebih bersemangat pada separuh masa kedua dan banyak menguasai permainan, namun ketumpulan barisan serangan dan ketangkasan penjaga gol dan pertahanan USM FC, menidakkan peluang mereka mencari gol penyamaan.

Bagi jurulatih USM FC, S. Veloo, beliau menyifatkan kemenangan ini sangat bermakna, apatah lagi setelah pihak pengurusan mengambil langkah berani menggugurkan beberapa pemain utama apabila liga memasuki pusingan kedua.

``Saya berterima kasih kepada pemain-pemain yang menunjukkan semangat yang tinggi, walaupun berhadapan tekanan berikutan prestasi pasukan yang tidak menentu,’’ katanya.

Tambahnya lagi, dengan kemenangan ini, menyuntik moral pasukan dalam usaha menempatkan diri dikalangan empat pasukan terbaik untuk ke Piala Malaysia.

USM FC kini menduduki tangga keempat Liga Perdana, mengumpul 31 mata hasil 10 kemenangan dan akan bertandang ke Stadium Kuching, Sarawak bagi perlawanan seterusnya.

USMFC 2-3 Majlis Perbandaran Muar

Di Stadium Olahraga USM, Pulau Pinang, pasukan kelab Universiti Sains Malaysia (USM FC) tewas 2-3 kepada Majlis Perbandaran (MP) Muar.

Dua gol MP Muar dijaringkan oleh Mohd Fitri Omar pada minit ke-12 dan 64 dan Muhd Fauzi Abdul Kadar pada minit ke-75 sementara gol USM dijaringkan oleh Manzoor Azwira Abd Wahid (50) dan Mohd Hafiz Abdul Rahman pada minit ke-84.

Di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang, Pulau Pinang berjaya memecah kebuntuan pungutan mata apabila meraih mata pertama dalam 11 perlawanan selepas seri tanpa jaringan dengan Harimau Muda B.

-- BERNAMA

Majlis Perbandaran Muar 2-1 USMFC

Di Stadium JCorp, Pasir Gudang, pasukan MP Muar menewaskan USM FC 2-1.

Gol kemenangan MP Muar dijaringkan oleh Muhammad Fauyi Abdul Bakar pada minit ke-81 selepas Mohd Fitri Omar menyamakan kedudukan pada minit ke-75.

USM FC melakukan jaringan awal pada minit ke-54 menerusi Failee Mohamad Dhazali.

Di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang, Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM)menang tipis 2-1 kepada SDM Navy.

SDM Navy terlebih dahulu membuka jaringan seawal minit pertama menerusi Mohd Fadzwin dan PDRM membalas dengan dua gol hasil jaringan Calaste Aping pada minit ke-24 dan Khairul Izuan Abdullah pada minit ke-32.

-- BERNAMA

Harimau Muda B tewaskan USM FC 2-0

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Aksi Liga Perdana kembali selepas rehat dua minggu dengan menyaksikan Harimau Muda B menewaskan USM FC 2-0 pada perlawanan ketujuh mereka di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Dengan kemenangan tersebut, Harimau Muda B kini melonjak ke tangga ketiga liga dengan 12 mata di belakang pendahulu Selangor PKNS dan USM FC.

Beraksi di hadapan sekitar 100 penyokong, Harimau Muda B yang menjadi tuan rumah berjersi kuning nyata menguasai perlawanan dengan melakukan asakan demi asakan ke gawang USM FC yang berjersi biru namun buntu dalam pencarian gol pertama. Namun pada minit ke-28, USM FC tinggal bermain 10 orang setelah pemainnya, Mohamed Shahril Sidek dilayangkan kad kuning kedua seterusnya dibuang padang akibat menjatuhkan kapten Harimau Muda B, D. Saarvindran.

Harimau Muda B nyata menggunakan peluang tersebut apabila Muhammad Farizzuan Azhar meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan apabila merembat masuk ke gawang lawan pada minit ke-40 setelah mendapat hantaran lintang rakan sepasukan dari luar kotak untuk menewaskan penjaga gol pelawat, G. Jeevananthan.

Selepas rehat, skuad bawah 20 tahun kebangsaan itu terus mempamerkan aksi agresif dalam memburu gol dan memperoleh jaringan kedua menerusi Ibrahim Aziz pada minit ke-80 yang berpunca daripada kelemahan pemain benteng pertahanan USM FC untuk mengekang asakan bertubi-tubi tuan rumah.

Pada Jumaat. lima lagi perlawanan Liga Perdana akan berlangsung.

USMFC vs Pulau Pinang (menang 3-0)

Kemenangan selesa 3-0 Universiti Sains Malaysia (USM FC) ke atas Pulau Pinang, kelmarin dianggap satu rahmat dan pembakar semangat sebelum mereka bertandang ke Johor Bharu untuk menentang Johor, 11 Mac ini.

Bagi pengendali USM FC, S. Veloo, kejayaan itu dijelmakan ketika mereka bersusah payah mencatat kemenangan selesa sebelum bertemu Johor

Laporan panjang lebar perlawanan USMFC menentang FA Penang ini boleh dibaca di Blog Kelab Penyokong USMFC

sumber : www.usm.my

PKNS atasi USM 2-1

GEORGE TOWN 22 Feb. - Tuah menyebelahi pasukan PKNS apabila gol sendiri USM FC menyaksikan pasukan pelawat mengatasi tuan rumah 1-0 dalam satu perlawanan Liga Perdana, di sini malam ini.

Keadaan hujan lebat pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Universiti Sains Malaysia itu sedikit sebanyak mengganggu rentak permainan dengan separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan.

Pada babak kedua, kedua-dua pasukan cuba mengasak namun gagal memecah kebuntuan sehingga minit ke-72 apabila PKNS diberi sepakan penjuru.

Kesilapan pemain tengah USM FC Mohd Akmal Mohamad Noor menyebabkan bola masuk ke gawang sendiri apabila cuba menolak keluar sepakan penjuru yang diambil Mohd Fauzan Dzulkifli.

USM FC cuba bangkit namun PKNS kental mempertahankan kelebihan gol itu sehingga tamat perlawanan. - Utusan / Bernama

USMFC tumbangkan PDRM


PULAU PINANG, 31 Jan. – Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi pasukannya, USM FC membuka tirai Liga Perdana 2011 penuh bermakna apabila berjaya menggunakan kelebihan di gelanggang sendiri untuk menundukkan PDRM 1-0.

Sarawak, PKNS, ATM Dan USM FC Mula Langkah Kanan

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Pasukan Sarawak, PKNS, ATM dan USM FC langkah kanan apabila masing-masing berjaya mengutip mata penuh hasil kemenangan pada perlawanan pembukaan Liga Perdana pada Isnin.

Di Stadium Universiti Sains Malaysia (USM), Muhammad Afzan Zainal Abidin menghadiahkan Kelab USM FC mata penuh menerusi rembatan kencang pada minit ke-10 bagi menumpaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 1-0.

USMFC tak rela kalah

Skuad Kelab Bola Sepak Universiti Sains Malaysia (USMFC) yang bertemu Polis dalam kancah Liga Perdana di Stadium USM, Pulau Pinang, malam ini, tidak rela kecundang di gelanggang sendiri.

Jurulatih pasukan, S Veloo yakin gandingan tujuh pemain baru berpengalaman dari beberapa pasukan Liga Super, musim lalu akan memastikan tiga mata tidak terlepas di halaman sendiri.

Pengurus USMFC, Mohd Azizudin Mohd Shariff, berkata kemenangan ke atas dua pasukan Liga Super, T-Team dan Kelantan, dalam perlawanan persahabatan, baru-baru ini sudah memberi petanda positif.

(Berita Harian, 31 Januari 2011, ms 42, Sukan)

sumber: www.usm.my

Coming out of the wilderness

by Ronnie Oh

PENANG football may have slipped into the wilderness after their professional state side was relegated to the less lucrative Premier League for the first time in their rich history last year.

But this has not stopped the Panthers from setting a goal to reach the Malaysia Cup stage as their prime target this year.

Gearing up for new season: Veloo watching his USM FC players doing drills during a training session at the USM field.

Veloo boleh senyum

JURULATIH Universiti Sains Malaysia (USM), S Veloo mampu tersenyum selepas enam pemain luar yang diserap dalam pasukan itu sudah boleh menyesuaikan diri dengan suasana dan sistem latihan diatur.

Selepas hampir sebulan berada dalam ‘kampus’, mereka mampu mengikut rentak Veloo dalam usahanya membentuk skuad yang lebih padu berbanding skuad pada musim lalu.

BACA SELANJUTNYA DI HARIAN METRO ARENA

USMFC guna khidmat 7 pemain luar

UNIVERSITI Sains Malaysia (USM) mendapatkan khidmat tujuh pemain luar bagi mempamerkan rentak permainan lebih agresif.

Kehadiran tujuh tenaga luar itu dianggap penyuntik semangat bagi merealisasikan hasrat muncul empat pasukan terbaik Liga Perdana musim depan yang bermula pertengahan Januari.

Oleh Anuar Asmadi
am(a)hmetro.com.my

USMFC terus beraksi Liga Perdana 2011



dr. M. Sidek Karim:

Untuk makluman semua warga kampus, pasukan USM FC telah mengesahkan penyertaan pertandingan Liga Perdana 2011 selepas mendapat kebenaran daripada Pengurusan Tertinggi USM. Pasukan USM FC telah mula menjalani latihan mulai awal Oktober lalu, walaupun kedudukan awal penyertaan yang masih belum disahkan. USM FC juga mengekalkan sebahagian besar pemain-pemain musim 2010 dan akan mengambil beberapa pemain baru bagi mengukuhkan lagi pasukan ini bagi musim baru 2011.

Pihak Pengurusan pasukan juga mengekalkan Encik Veloo a/l Sinnathamby sebagai ketua jurulatih bagi tahun 2011 dan akan ada penambahan baru di barisan kejurulatihan yang akan dimaklumkan kemudian.

Pihak Pengurusan USM FC ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Universiti kerana memberi kebenaran untuk menyertai Liga Perdana bagi musim 2011. Walaupun tanpa bantuan kewangan sepenuhnya pihak Pengurusan USM FC akan berusaha mencari sumbangan/peruntukan kewangan dari pihak luar bagi menguruskan perjalanan pasukan ini bagi tahun hadapan. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak Pengurusan USM FC untuk mencari peruntukkan kewangan bagi mengekalkan pasukan ini dalam Liga Perdana 2011.

Terima kasih juga diucapkan kepada pemain-pemain yang terdiri daripada staf USM sendiri yang sanggup berkorban dan begitu bersemangat serta memberi sokongan penuh kepada Pengurusan pasukan untuk beraksi lagi pada tahun hadapan demi nama USM. Semoga segala perancangan berjalan lancar dengan sokongan pihak Universiti, Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang, Pengurusan Pasukan & Para Pemain.

"Kami Memimpin", "Kami Komited" & "Kami Berdisiplin" kerana kami membawa nama Universiti Sains Malaysia.

InsyaAllah....

Info Terkini USMFC


Pengurusan pasukan sedang berusaha untuk mengekalkan pasukan USM FC dalam pertandingan Liga Perdana bagi musim 2011/2012. Secara lisannya pihak Universiti bersetuju untuk membenarkan pasukan ini beraksi untuk tahun kedua, tetapi keputusan rasmi masih belum diperolehi. Sokongan daripada semua pihak amatlah diperlukan untuk mengekalkan pasukan USM iaitu IPTA pertama yang bermain di Liga Perdana.

Kemampuan USM membawa pasukannya sehingga ke peringkat Liga Perdana telah membuka ruang kepada IPTA lain untuk menyertai Liga Bola Sepak Malaysia. Sehingga kini hanya USM (Liga Perdana) bersama UiTM (Liga FAM)telah beraksi di Liga Bola Sepak utama Malaysia. UPM selaku Naib Juara Liga IPT juga akan ditawarkan untuk beraksi di Liga FAM pada musim hadapan. Pihak UMS pula mengorak langkah dengan menghantar pasukan futsalnya untuk menyertai Liga Futsal kebangsaan yang sedang berlansung sekarang. Unimap pula menjadi pasukan yang mewakili Perlis dalam kejohanan Piala Emas Raja-Raja & Piala Agong.