Info Terkini USMFC


Pengurusan pasukan sedang berusaha untuk mengekalkan pasukan USM FC dalam pertandingan Liga Perdana bagi musim 2011/2012. Secara lisannya pihak Universiti bersetuju untuk membenarkan pasukan ini beraksi untuk tahun kedua, tetapi keputusan rasmi masih belum diperolehi. Sokongan daripada semua pihak amatlah diperlukan untuk mengekalkan pasukan USM iaitu IPTA pertama yang bermain di Liga Perdana.

Kemampuan USM membawa pasukannya sehingga ke peringkat Liga Perdana telah membuka ruang kepada IPTA lain untuk menyertai Liga Bola Sepak Malaysia. Sehingga kini hanya USM (Liga Perdana) bersama UiTM (Liga FAM)telah beraksi di Liga Bola Sepak utama Malaysia. UPM selaku Naib Juara Liga IPT juga akan ditawarkan untuk beraksi di Liga FAM pada musim hadapan. Pihak UMS pula mengorak langkah dengan menghantar pasukan futsalnya untuk menyertai Liga Futsal kebangsaan yang sedang berlansung sekarang. Unimap pula menjadi pasukan yang mewakili Perlis dalam kejohanan Piala Emas Raja-Raja & Piala Agong.



Pada masa sekarang, 2 pemain USM FC iaitu Elias Sulaiman (dipinjamkan ke Felda United) & Suhardy Alby (dipinjamkan ke Perlis) sedang beraksi di Piala Malaysia. Selain daripada pemain dipinjamkan kepada pasukan lain untuk Piala Malaysia, beberapa pasukan yang menyertai Liga Super & Liga Perdana berminat untuk mendapatkan khidmat pemain daripada pasukan USM FC. Beberapa orang pemain berpengalaman juga ada menghantar permohonan untuk menyertai pasukan USM FC.

Walaupun masih baru di dalam kancah bola sepak negara, USM FC telah mendapat pujian daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia & Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang kerana mampu menguruskan pasukan dengan baik dan mampu memberi cabaran kepada pasukan-pasukan berpengalaman.

Percubaan tahun pertama banyak mengajar pengurusan USM FC untuk menguruskan sebuah pasukan bola sepak separa Profesional dalam arena bola sepak negara. Beberapa kelemahan pada tahun ini akan diperbaiki sekiranya mendapat kebenaran secara rasmi dari pihak Universiti untuk beraksi pada musim depan.Oleh itu, bagi menyediakan sebuah pasukan yang mantap, pihak IPPT akan menganjurkan satu bengkel untuk membincangkan hala tuju pasukan USM FC pada musim hadapan, kepada warga USM yang meminati bola sepak serta pasukan USM FC yang ingin bersama-sama membantu pasukan ini boleh menghantar email terus kepada Pengarah IPPT.

1 comment:

  1. Assalammu`alaikum..
    Saja tumpang tanya...
    Team nie utk student USM je ke ?

    ReplyDelete