
Liga Perdana: USM FC akur kehilangan pemain tonggak - Utusan

dari Utusan Malaysia
PULAU PINANG 10 Jan. - Tanpa kehadiran pemain import serta ditambah kehilangan empat pemain utama yang berhijrah ke pasukan lain, pasukan bola sepak Universiti Sains Malaysia (USM) tetap optimis biarpun menyedari laluan berliku yang bakal dihadapinya dalam saingan Liga Perdana musim ini.
Jurulatih USM FC, S. Veloo berkata, saingan musim ini dijangka lebih mencabar dengan kehadiran beberapa pasukan negeri selain beberapa faktor yang merencatkan persiapan pasukannya.
Menurutnya, USM FC cukup terasa kehilangan dua tonggak utama iaitu penyerang sensasi, Mohd. Failee Ghazali yang dilamar Perak dan khidmat penjaga gol, G. Jeevanathan yang akan beraksi untuk Selangor.
"Kami juga tidak mampu menyediakan pemain import sama seperti pasukan lain sebaliknya terpaksa bergantung kepada pemain muda tempatan dan bakat -bakat yang terdiri daripada kakitangan USM.
"Kami juga kehilangan masa latihan berharga selama lebih sebulan keranaberaksi dalam saingan Piala Emas Raja-Raja baru-baru ini atas pelawaan Persatuan Bola Sepak Melayu Pulau Pinang," katanya.
Beliau ditemui selepas membawa anak buahnya mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas di Dewan Tuanku Syed Putra di sini, baru-baru ini.
Menurut Vello, beliau kini terpaksa menggunakan pemain muda termasuk dua orang yang berusia 17 tahun dari Sekolah Sukan Mutiara Impian.
Jelasnya, bagi menggantikan kekosongan yang ditinggalkan Jeevanathan, pihaknya berjaya mendpatkan bekas penjaga gol Kedah, Al-Hafiz Hamzah yang diharap mampu menguatkan pasukan.
"Sasaran kami pada musim ini adalah berada dalam kelompok enam pasukan teratas," ujarnya.
Perlawanan Bola Sepak Liga Perdana 2012 USM FC (hebahan e-mel)

PERLAWANAN PEMBUKAAN LIGA PERDANA 2012
9 JANUARI 2012 / ISNIN / 8.45 MALAM
STADIUM USM, PULAU PINANG
Datanglah beramai-ramai untuk memberi sokongan kepada pasukan USM FC. Semoga dengan kehadiran warga kampus akan memberi semangat kepada para pemain USM FC.
Harga Tiket :-
Tempat Duduk Berbumbung :- RM10
Tempat Duduk Terbuka :- RM5
Sebarang pertanyaan sila emailkan kepada msidek@usm.my Atau hubungi talian 046533904.
Pertahanan USM FC Masuk Hospital
Pemain pertahanan Kental USM FC Azizan Arshad atau lebih dikenali sebagai Jan ( jersi num. 3 ) kini dilaporkan berada di Hospital Sultan Abd Halim Sg Petani. Beliau Dimasukkan Ke Unit Rawatan Rapi ( icu ) Setelah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang berlaku di jalan lama Baling – Kulim . sebelum Kejadian Berlaku , Azizan dilaporkan memandu kereta setelah selesai menghadiri Walimatul Urus Raja Sehari teman sepasukannya Mohd Bashir Napi Di Baling Kedah.~ Kelab Penyokong USMFC
Menurut Wakil keluarganya, Keadaan Azizan Kini berada dalam keadaan stabil . Kami di meja Editor Kelab penyokong USM FC , Para Pemain serta yang sewaktu dengannya mendoakan Agar Azizan cepat sembuh dan kembali sihat seperti sediakala. Sesungguhnya Ujian Dari Yang Maha esa itu ada hikmahnya..
Subscribe to:
Posts (Atom)