KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Aksi Liga Perdana kembali selepas rehat dua minggu dengan menyaksikan Harimau Muda B menewaskan USM FC 2-0 pada perlawanan ketujuh mereka di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.
Dengan kemenangan tersebut, Harimau Muda B kini melonjak ke tangga ketiga liga dengan 12 mata di belakang pendahulu Selangor PKNS dan USM FC.
Beraksi di hadapan sekitar 100 penyokong, Harimau Muda B yang menjadi tuan rumah berjersi kuning nyata menguasai perlawanan dengan melakukan asakan demi asakan ke gawang USM FC yang berjersi biru namun buntu dalam pencarian gol pertama. Namun pada minit ke-28, USM FC tinggal bermain 10 orang setelah pemainnya, Mohamed Shahril Sidek dilayangkan kad kuning kedua seterusnya dibuang padang akibat menjatuhkan kapten Harimau Muda B, D. Saarvindran.
Harimau Muda B nyata menggunakan peluang tersebut apabila Muhammad Farizzuan Azhar meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan apabila merembat masuk ke gawang lawan pada minit ke-40 setelah mendapat hantaran lintang rakan sepasukan dari luar kotak untuk menewaskan penjaga gol pelawat, G. Jeevananthan.
Selepas rehat, skuad bawah 20 tahun kebangsaan itu terus mempamerkan aksi agresif dalam memburu gol dan memperoleh jaringan kedua menerusi Ibrahim Aziz pada minit ke-80 yang berpunca daripada kelemahan pemain benteng pertahanan USM FC untuk mengekang asakan bertubi-tubi tuan rumah.
Pada Jumaat. lima lagi perlawanan Liga Perdana akan berlangsung.
USMFC vs Pulau Pinang (menang 3-0)
Kemenangan selesa 3-0 Universiti Sains Malaysia (USM FC) ke atas Pulau Pinang, kelmarin dianggap satu rahmat dan pembakar semangat sebelum mereka bertandang ke Johor Bharu untuk menentang Johor, 11 Mac ini.Bagi pengendali USM FC, S. Veloo, kejayaan itu dijelmakan ketika mereka bersusah payah mencatat kemenangan selesa sebelum bertemu Johor
Laporan panjang lebar perlawanan USMFC menentang FA Penang ini boleh dibaca di Blog Kelab Penyokong USMFC
sumber : www.usm.my
PKNS atasi USM 2-1
GEORGE TOWN 22 Feb. - Tuah menyebelahi pasukan PKNS apabila gol sendiri USM FC menyaksikan pasukan pelawat mengatasi tuan rumah 1-0 dalam satu perlawanan Liga Perdana, di sini malam ini.
Keadaan hujan lebat pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Universiti Sains Malaysia itu sedikit sebanyak mengganggu rentak permainan dengan separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan.
Pada babak kedua, kedua-dua pasukan cuba mengasak namun gagal memecah kebuntuan sehingga minit ke-72 apabila PKNS diberi sepakan penjuru.
Kesilapan pemain tengah USM FC Mohd Akmal Mohamad Noor menyebabkan bola masuk ke gawang sendiri apabila cuba menolak keluar sepakan penjuru yang diambil Mohd Fauzan Dzulkifli.
USM FC cuba bangkit namun PKNS kental mempertahankan kelebihan gol itu sehingga tamat perlawanan. - Utusan / Bernama

USMFC tumbangkan PDRM
Subscribe to:
Posts (Atom)